Cara tukar gear motor Yamaha 125z


Gambar 125z
Yamaha 125z

Belajar naik Motor 125z


Salam geng.. Kalau geng belum biasa naik Motor Yamaha 125z yang  selama ini naik motor ex5 saja,hari ini saya nak kongsi sedikit panduan belajar naik motor 125z.Perbezaan 125z dengan motor ex5 geng naik selama ini ialah pada sistem gearnya.125z guna klac tangan sememangnya geng dah tahu bukan..? Cara main klac tu tak ada masalah sangat untuk belajar ,kalau tak tahu lagi naik motor klac tangan/klac manual lihat ini tutorial singkat saya bagi

1.tarik klac dan masukan gear satu.

2.pulas minyak(throttle) sedikit dan lepas klac perlahan-lahan sehingga tayar mula bergolek

3. Lepas habis klac dan jalan beberapa ketika dan perlahankan sedikit minyak,tarik klac lagi dan tambah gear lagi - gear dua
Begitulah seterusnya sehingga habis gear (top gear)

4.nak turun gear pun sama cara guna klac nya-tarik klac , turun gear dan lepas klac

5..ketika mahu memberhentikan motor-tutup minyak sehingga motor perlahan TARIK KLAC dan tekan brek,berhenti.Selepas itu free gear dan lepas klac.

6.selesai

Ok geng yang belum tahu naik cara menggunakan klac tangan,sudah faham bukan sekarang kita lanjutkan topic kita iaitu mengetahui ;

Aturan pertukaran gear Yamaha 125z


Pada 6 langkah menggunakan klac diatas ada istilah masuk gear,turun gear dan free gear.Tak payah diterangkan maksudnya sebab geng pun dah biasa naik motor bukan..? Bukannya baru kenal motor jadi pada 125z,bagaimana aturan gearnya yang kita nak tahu kerana ia berbeza dengan Motor Honda ex5 4 gear manual malah pada sesetengah motor ada klac sendiri pun juga berbeza dengan 125z,contoh Yamaha 110ss atau Suzuki rg 110.Lihat video cara naik motor y110 klac mati <-

Gambar pertukaran gear 125z


Ok dah nampak aturannya geng!

Gear 1 saja tekan,lain-lain gear semua perlu dicungkil.Gear free(N) duduk ditengah-tengah dan cara nak free gear ialah jika kedudukan semasa adalah gear 1 maka geng perlu cungkil keatas sedikit sahaja sampai terasa sangkut pada gear N tadi.Jangan terlalu banyak takut terus ke gear 2.

Situasi lain dari gear 2 mahu ke N geng kena tekan,juga sedikit sahaja sebelum sampai ke gear 1.Kesimpulannya gear N berada ditengah-tengah diantara gear 1 dan gear 2.Ok dapat ya..?

Apa lagi? Silakan mencuba ya geng..Saya doakan supaya geng berjaya belajar menaiki motor 125z tanpa sebarang masalah.sekian dulu dari kami geng baiki motor dengan tajuk hari cara menukar gear Yamaha 125z-semoga bertemu lagi di kesempatan lain dengan isu yang berbeza.akhir kata 'panduan cermat jiwa selamat'..assalamualaikum.

Comments

  1. Msa nak jalankan motor ni.. tarik klac Smpai hbih ka tarik skit ja

    ReplyDelete
  2. Klu salah bawa masuk klac,bahaya blk x kat kita

    ReplyDelete
  3. Xsemua..macam ss gear sama macam motor biasa cuma kene tarik klac la sebelum masuk gear tu

    ReplyDelete
  4. Soal clucth nie sume jenis moto clucth sama..tp adakah org tau mcm mana nk kendalikan yamaha 125z/r nie?..mcm mana nk hidupkn bile enjin panas?..125 x blh hidup kalau enjin panas kalau pendikit tidak dibuka..x sama mcm moto 4stroke yg x payah buka pendikit utk dihidupkan ketika enjin tengah panas..lagi 1 mcm mana jika nk bwk 125 nie ketika enjin sejuk..sedia maklum 125 nie jika enjin sejuk dia akn cepat mati..so korang xnk la moto 125 korang mati tgh trafik light kn?..so masa nk memulakan perjalann tu korang xblh cepat habiskan gear dye..korang kne pandai gunakan gear sesuai dgn klajuan yg korang bawa utk penghantaran minyak yg lancar ke caburator..klu x mmg moto korang akn cepat mati bila enjin sejuk

    ReplyDelete
  5. Tq ada untk tip class tapi ok Skrng cekap class.
    💞

    ReplyDelete
  6. nk tanya mcm mna klu nk turun gear pulak yer?

    ReplyDelete
  7. Contoh masa gear 3 kita trunkan ke gear 2 utk masuk simpang clear..perlu ke kita main clutch atau trus lepas je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas je bro.. buat ape nk main clutch.. dh masuk gear dua main throttle je..

      Delete
  8. apa jarak selamat nk masuk tular gear 2 ke gear 3

    ReplyDelete
  9. Boleh ke kita main clutch masa turun bukit.. Atau tarik clutch ... Ada kesan tak pada piston atau enjin

    ReplyDelete
  10. Pulas sampai rpm berapa boss untuk gear 1

    ReplyDelete

Post a Comment